Friday, July 31, 2009

Cara-cara Memilih Kawan

Hari ini 1-8-2009
merupakan hari yang beruntung kerana saya telah terselak sebuah buku dan saya ternampak Cara-cara Memilih Kawan.Di sini terdapat LIMA cara untuk memilih kawan yang terbaik.

Cara PERTAMANYA ialah pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah,dia suka mencukupi keperluan kita.

Cara yang KEDUANYA ialah pilihlah seorang sahabat yang apabila anda menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik dan bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu,jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada diri kamu,dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Cara yang KETIGANYA ialah pilihlah seorang sahabat yang apabila anda menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik dan bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna,dan jika dia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Cara KEEMPATNYA ialah pilihlah sahabat yang jikalau anda meminta sesuatu daripadanya,pasti dia memberi,jikalau anda diam,dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Cara yang KELIMANYA ialah sahabat yang jikalau anda berkata,ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.Jikalau anda mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika anda berselisih dengannya,dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Itulah sahaja yang dapat saya tulis.Harap-harap sahabat yang anda pilih mempunyai kelima-lima ciri di atas.Saya hanya boleh menulis cara untuk memilih sahabat tetapi yang memelihnya kamu.Harap-harap kamu memilih yang terbaik untuk dirimu.

Saturday, July 18, 2009

HarI Keluarga TnB

Hari ini 18-07-2009
merupakan hari keluarga tnb yang ke-2 sempena menyambut hari Tnb yang ke-60 tahun.Hari ini macam hari itu tetapi hari ini lain sikit sebab hari itu pertandingan indoor tetapi hari ini permainan outdoor.Permainan ini kena ikut katogeri jugak.Katogerinya ialah:

~3-6 tahun=mengutip gula-gula,makan wafer milo dan mengutip gula-gula sambil menutup mata (tetapi budak-budak itu main tidak tutup mata pun).

~7-9 tahun=meniup belon sambil berjalan hingga besar dan meniup belon
`
~10-12 tahun=mengumpul air ke dalam botol menggunakan sponge,mengikat 1 kaki dengan menggunakan tali bersama kawan dan menarik bola dengan menggunakan gelung

~13-15 tahun=meneka nasib dengan menggunakan buah dadu dan bowling kelapa

Acara saya ialah

mengumpul air ke dalam botol menggunakan sponge=saya mendapat tempat kedua
mengikat 1 kaki dengan menggunakan tali bersama kawan= saya mendapat nombor 3
menarik bola dengan menggunakan gelung=saya tidak dapat apa-apa hadiah

Hadiah-hadiah yang keluarga saya dapat ialah

Nestle corn flakaes=2 packet
Cream-o=1 packet
Double delight oreo=3 packet
honey stars=1 packet
digestives=1 packetmaggi
hot cup=1 packet
jacob's sunlife=1 packet
rice krispies=1 packet
music wafer cubes=1 packet
peanut butter=1 packet besar
penang hary mee=1 packet besar
maggi kari letup=1 packet besar
KFC=4 packet besar set family
20 jenis gula-gula sebanyak 300 biji ke atas

kami sekeluarga gembira sangat apabila datang ke sana .

kemudian,kami ke dewan untuk melihat

~penyanyi kanak-kanak TnB berseorangan
~penyanyi suami isteri TnB
~penyanyi dewasa berseorangan
~kanak-kanak TnB membuat tarian shuffle
~dressy dress
~persembahan dari UTN
~persembahan orang india
~dua jenis band dari TnB
~jemputan artis

oklah sampai disina sahaja saya tulis nanti saya akan tulis lagi kerana saya terlalu penat.sebenarnya saya ingin tidur

Wednesday, July 15, 2009

Grangnyerrrrr!!!!

Hari ini 15-7-2009
hari ini sir ehzam marah giller.first time sir garang macam ini.tapi tidak aperlah kerana semua manusia perlukan nasihat untuk hidup.Anggaplah sir cuma nak memberi nasihat dan teguran sahaja.Ialah semua manusia dekat bumi ini semuanya kena tegur sebab pernah membuat salah.

Tapi tidak apalah kerana saya tengah stress waktu itu dengan ........ (bising kut)tetapi dah tidak sebab semua orang senyap.macam ada malaikat lalu pulak.hahahah

Sir kalau nak marah janganlah sampai kasut naik atas muka ataupun tangan kena kat pipi pulak.harap-haraplah bersabar sebab rasulallah ajar kita supaya banyaklah membawa bersabar.Bukankah itulah salah satu daripada dugaan menjadi seorang guru

Tetapi saya bangga dengan sir sebab marah kita orang sebab manusia tidak boleh terlalu bagi muka nanti manja pula jadinya.Kalau guru yang baik pun tidak dihiraukan kalau kita tidak menyiapkan kerja sekolah tetapi kalau guru yang garang pasti akan rotan untuk memberi peringatan supaya kena selalu menyiapkan kerja sekolah.

Tapi terkenal sir di merata tempat kerana sir garang giller atau terlalu garang.terkenal sir.cemburu saya.termasuklah saya yang tulis kat blog tentang sir ehzam yang garang

Tuesday, July 14, 2009

Manisnya Menjadi Remaja

Hari ini 14-07-2009
hari ini di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa telah mengadakan satu program iaitu program MANISNYA MENJADI REMAJA.Untuk pelajar perempuan,mereka dikehendaki pergi ke BILIK KAUNSELING BAWAH bersama Pn.Mariam Muda untuk memberi ceramah tentang perempuan.Bagi lelaki pula, mereka dikehendaki ke BILIK MEDIA bersama En.Zamzami Ismail untuk memberi ceramah tentang lelaki.

Proram ini anjuran bersama

~PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
~PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
~UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program ini berjalan dengan lancar pada hari ini iaitu untuk kelas 5 Amanah,5Bestari,5 Cerdas dan 5 Dinamik.Jadi kepada pelajar perempuan,anda untunglah kerana dapat............(roti) dari Cikgu Mariam.Untunglah korang.

Sunday, July 12, 2009

MEMBACA

Pn.Faridah H. Hashim
KEMAHIRAN BELAJAR

apakah yang dimaksudkan dengan MEMBACA???

MEMBACA ialah proses untuk mendapat ilmu dan pengetahuan.
ilmu itu penting untuk diri seseorang.
manusia disanjung,dikagum dan dihormati apabila mendapat banyak ilmu pengetahuan.

Jika kita ingin MEMBACA,kita mestilah menggunakan 3 pancaindera serentak iaitu:

~Jari telunjuk sebelah tangan kanan mestilah menunjuk di tempat kita membaca

~Mata mestilah melihat pada buku yang dibaca

~Suara mestilah keluar tetapi jangan terlalu kuat.Cukup sahajalah untuk kita mendengar sendiri.

PERSEDIAAN SEBELUM MEMBACA
~masa paling sesuai untuk kita membaca ialah waktu SUBUH
~suasana yang sesuai ialah KEMAS dan TERANG
~kedudukan badan kita mestilah betul
~kumpulkan bahan yang digunakan setempat

persediaan yang paling penting sebelum kita membaca ialah membaca BISMILLAH dan DOA PENERANG HATI.

BACA SECARA KRITIKAL
~melihat sekali imbas yang telah dipelajari
~baca pendahuluan dan kesimpulan terlebih dahulu
~baca secara terperinci

MEMBACA SECARA ISI PENTING
~garis fakta yang penting
~warnakan benda yang penting
~cari pendahuluan terlebih dahulu

MEMBACA SECARA BIJAK
~membuat peta minda yang dipelajari
~selepas membaca buku,kita hendaklah bertenang selama 5 minit

FOKUS DAN BERSIKAP POSITIF

kita mestilah selalu menyebut perkataan ini:
~Mulai hari ini,aku seorang yang RAJIN
~Mulai hari ini,aku SOLAT LIMA WAKTU
~Mulai hari ini, aku suka TOLONG GURU
~Mulai hari ini,aku TAAT IBU BAPA

KESIMPULAN

~Ikhlas belajar kerana ALLAH
~Bersedia untuk menjadi pelajar yang cemerlang
~Selalu membuat perbezaan yang POSITIF

Saturday, July 11, 2009

Macam mana hendak pilih tuisyen yang bagus???

Pada cuti dua minggu yang lepas,saya telah pergi ke Kem Remaja Bestari selamat 4 hari 3 malam.Di sana, salah seorang daripada penceramah kami iaitu Dr.Abdul Azizi Harun telah menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk Kempipinan Pelajar.Beliau berkata cara untuk memilih tuisyen yang bagus ialah dengan cara-cara yang berikut:

-di tuisyen itu,muridnya tidak melebihi 25 orang,jika muridnya melebihi 25 oarng bukanlah dipanggil tuisyen yang bagus.

- jikalau dia memberikan soalan,dia mesti membincang dan membetulkan kesalahan yang dibuat di situ dan pada hari itu juga

-guru tuisyen itu tidak memberikan kerja rumah walaupun satu soalan,jika guru itu memberikan kerja rumah itu tandanya bukan tuisyen yang bagus

-cara yang diajar berlainan dengan cara cikgu ajar di sekolah,jika caranya sama atau tidak memberi fomular supaya cepat ingat itu bukan tuisyen yang bagus

dan itulah cara-cara untuk memilih tuisyen yang bagus.jadi,kalau anda fikir sama ada tuisyen anda merupakan tuisyen yang bagus atau tidak.yerlah zaman sekarang semua orang inginkan wang.bagi mereka,wang ialah segala-galanya

Baru Blk hari keluarga kat TNB

hari ini 11-7-2009
merupakan hari keluarga TNB yang berlangsung kat TNB di Petaling Jaya.
memang best sebab ada empat acara iaitu:
~3-4 tahun=mewarna
~5-6 tahun=mewarna
~7-9 tahun=sand art
~10-12=melukis dan mewarna

katogeri dan acara yang saya masuk ialah 10-12 tahun iaitu acara melukis dan mewanra.untuk acara ini ianya diberi 2 pilihan tema
pilihan pertama =barang-barang yang melibatkan TNB contohnya ialah mentol atau lampu jalan.
pilihan kedua=hari ulangtahun TNB yang ke-60.

saya memilih pilihan kedua kerana pilihan kedua sangat senang bagi saya.

hadiah yang disediakan ialah 7 hadiah saguhati,1 hadiah tempat ketiga,1 hadiah naib juara dan 1 hadiah juara bagi setiap acara.

adik saya iaitu wafa telah memasuki acara sand art tetapi dia tidak mendapat apa-apa hadiah.
adik saya yang seorang lagi itu ialah Alisha telah memasuki acara mewarna kategori 3-4 tahun tetapi dia juga tidak dapat apa-apa hadiah.
saya juga Athiffah tidak dapat apa-apa hadiah.
malang sungguh nasib saya waktu itu.kesian

Tetapi kami telah membawa balik 3 hadiah iaitu daripada acara cabutan bertuah.ketiga-tiga dari kami telah dimurahkan rezeki dan nombor kami telah disebut dan kami telah mendapat bawa balik 3 jenis pensil box yang berlainan serta setnya.

dan disana ada 5 hadiah tambahan iaitu:
keluarga paling ramai yang datang ke situ=kami tidak menang
keluarga yang paling awal mendaftar=kami tidak menang
keluarga paling lewat mendaftar=kami tidak menang
peserta yang siap paling awal=kami tidak menang
peserta yang siap paling lewat=saya menang iaitu Athiffah
saya ialah peserta paling lewat menghantar kerana terlalu banyak yang perlu saya warnakan sampai sudah habis masa pun saya belum siap.saya membawa pulang remort control yang harganya hampir RM50.untung saya.

oklah sampai di sini saja saya taip untuk masa ini.jika saya berpeluang atau ada berita yang terbaru akan saya tuliskan di blog ini.

Thursday, July 9, 2009

Thanks Sebab bukak blog ni.

Thanks to all my friends because you all have done open my new blog.blog ni baru jer dibuat 3 hari yang lepas.dlm blog ni,macam-macam ada.salah satunya my friend yang telah bukak blog bi ialah Nazran Dan Athirah.Thanks korang.Apapun sorry la sebab tidak dapat buat berapa orang yang telah bukak blog ni sebab hari tu dah buat selepas itu adik tertekan back selepas itu dah tidak boleh bukak dah.Jadi,dah tidak boleh dah buat tulagi.Kalau nak buat ,buat yang lain. Kepada yang telah bukak blog ni,bagitaulah kawan-kawan lain supaya mereka pulak boleh bukak blog ni.

Hari Terbuka

Hari ini 10-7-2009
hari yang sungguh gembira kerana semua ibu bapa dari tahun 1 hingga tahun 6 telah datang untuk mengambil report card anak-anak mereka.

Ada ibu bapa datang dengan kecewa kerana mungkin sikap anaknya banyak dikomen oleh gurunya atau mungkin sebab kedudukan anak mereka di dalam kelas dan aliran teruk,jadi ibu bapa itu datang dengan kecewanya tetapi ibu bapa itu sempat lagi meminta nasihat dari guru itu supaya mungkin dapat ubah sikap anaknya yang teruk menjadi baik manakala yang baik itu menjadi lebih baik.

Tetapi ada sesetengah ibu bapa datang dengan bangganya dan gembiranya apabila melihat report card anak mereka semuanya lulus.ALHAMDULILAH pandainya anak aku.

Bagi saya semua murid pandai cuma ada satu perkara sahaja yang membezakan murid itu iaitu rajin atau malas.Jika pelajar itu rajin,maka berjayalah dia.Tetapi jika pelajar itu malas berusaha maka tidak pandailah dia.Jadi kepada murid-murid yang rasanya dirinya tidak berapa pandai,ubahlah diri anda,tukarlah perangai anda.Anda jangan ingat kalau seseorang itu mendapat no.44 atau 43 atau 42 atau41 atau berapa-berapa sahaja, anda jangan ingat anda tidak pandai,anda tidak boleh berputus asa, mesti berusaha untuk menjadi seorang yang lebih rajin.Ingat itu,tidak mungin pelajar dari kelas belakang, anda tidak pandai, anda jangan berputus asa.

Jadi kepada yang mendapat top10 dalam aliran,tahniah diucapkan.Tetapi anda jangan menjadi riak atau takbur,anda mesti bersyukur kepada tuhan supaya kepandaian itu tidak ditarik oleh tuhan.

takbur itu maksudnya bangga diri ,ini cuma periksa pertengahan tahun 2009 sahaja bukanya periksa akhir tahun yang menentukan kelas yang anda dapat pada tahun hadapan .Jadi anda mestilah bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun dan ujian formatif tiga yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Cinta vs Kawan

Apa Itu Cinta??

Cinta ini diibaratkan seperti menunggu bas. Bas yg pertama tiba, tidak cantek, uzur dan tidak selesa, jadi kita tidak naek bas itu. Bas yg kedua tiba, bas yg cantek, lawa, tetapi dah pnoh jadi kite tidak naek bas itu. Bas yg ketiga tiba, tidak tentu cantek - hodoh, selesa - tidak selesa, kite bertekad akan baek juga bas tersebut. Ia bermaksud, orang yg pertama kite lihat x cantek jadi kite x mencintai dia, orang yg kedua ialah orang yg cantek, menggoda mata melihatnya tetapi sudah berpunya. Orang yb terakhir, tidak kesah cantek - hodoh, menggoda - tidak menggoda, slim- tidak slim, kita bertekad untuk mencintainye kerana dialah jodoh kita....


VS



Apa Itu Kawan?

1- Kawan umpama seperti tangan dan mata, ketika mata menangis, tangan mengelap airmata itu, ketika tangan luka, mata menangis....
2- Kawan umpama seperti belon. Sekiranya kite lalai ia akan lepas naek ke udara...
3- Kawan umpama langit dan darat, sekiranya darat hancur, langit menghilang, sekiranya langit menghilang, darat hancur ( Kiamat)


Dalam kehiduapan yg telah aku mengalami, aku telah perasan bahawa kawan itu lagi penting dari cinta kita. Ini kerana cinta kita boleh mendapatinye dimana2 sahaja, tetapi kawan, sekiranya kite menyakiti hatinya ia akan menghilang dan tidak dijumpai lagi!

L0ve vs Friends

What Is LOVE??


Love is like waiting a bus. The first Bus that arrive is old and not comfortable, so we did'nt ride it. = the first one we see is not the love that is Suitable for us.

Hari yang malang

untuk sir ehzam harap-haraplah bersabar dengan kejadian yang berlaku tadi di kelas waktu balik sekolah kebangsaan tadi.mungkin ... x sengaja nak buat sir marah.saya hanya akan memberi nasihat macam harap-haraplah bersabar dan cubalah memaafkan sikap seseorang yang buat salah kat kita macam sikap RASULLAH.baginda dapat memaafkan orang yang diejek, dilempar dengan najis, diludah. sir yang lain sir fikirlah sendiri.hahahah .mungkin itulah salah satu cabaran untuk menjadi seorang guru................

Nikmat

sorry lewat sikit saya bukak blog ni sebab saya bukak puasa,solat Maghrib dan mandi.Kenikmatan apabila minum air milo dan air anggur seperti ..............tidak tahu saya ingin katakan bagaimana kerana saya sendiri tidak tahu apa perkataanya hahahah.harap-harap kalian semua tengoklah Know Yourselves kat blog ni......mungkin ada yang perbuatan itu ada pada anda.siapa tahu???????????hahahahahah..oklah sampai sini jer ok malam nanti saya tulis lagi

Know Yourselves:

A: loves to laugh
B: crazy at times
C: cute
D: smart
E: has beautiful eyes
F: wild and crazy
G: sexy
H: gives good hugs
I: very hot
J: likes someone
K: is very athletic
L: very good kisser
M: easy to fall in love with
N: very trustworthy
O: has the best personality ever
P: popular with all types of people
Q: has a smile to die for
R: will make a good boyfriend or girlfriend
S: likes someone
T: very opened minded
U: is loved by everyone
V: not judgmental
W: very sexy
X: never lets people tell you what to do
Y: nice butt!
Z: makes dating fun

That Is me!!!!!!!

Wednesday, July 8, 2009

Penat Puasa ni???????

hari ni 8-7-2009
penat sangat sbb puasa
tapi xpa bagi org yg kuat iman macam saya ni boleh bertahan sampai ke petang
(ceh sempat lagi nak puji diri)hahaha
tapi apapun x apa
korang kenalah pusa sunat atau ganti sbb skarang ni bulan Rejab
banyak pahala kalau pusa sunat
ada orang cakap pusa sunat ni untukkuruskan badan???
yer ker??? ntahlah saya pun x tau
tetapi saya puasa ni bukan sebab nak kuruskan badan ker atau apa-apa tapi untuk mendapatkan keredaan ALLAH jer bukan sebab lain
oklah sampai kat sini dulu nanti saya tulis lagi ya
saya kena pergi sekolah agama dulu
balik nanti sebelum saya berbuka puasa saya sambung lagi ya

yey baru buat blog

hai kawan-kawan!!!
ceh macam x kenal pulak
ni namanyer siti nur athiffah dah buat blog ni
semua kenalkan???????
bagus-bagus
hahahah
harap kalian kenal