Friday, July 31, 2009

Cara-cara Memilih Kawan

Hari ini 1-8-2009
merupakan hari yang beruntung kerana saya telah terselak sebuah buku dan saya ternampak Cara-cara Memilih Kawan.Di sini terdapat LIMA cara untuk memilih kawan yang terbaik.

Cara PERTAMANYA ialah pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah,dia suka mencukupi keperluan kita.

Cara yang KEDUANYA ialah pilihlah seorang sahabat yang apabila anda menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik dan bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu,jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada diri kamu,dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Cara yang KETIGANYA ialah pilihlah seorang sahabat yang apabila anda menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik dan bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna,dan jika dia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Cara KEEMPATNYA ialah pilihlah sahabat yang jikalau anda meminta sesuatu daripadanya,pasti dia memberi,jikalau anda diam,dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Cara yang KELIMANYA ialah sahabat yang jikalau anda berkata,ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.Jikalau anda mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika anda berselisih dengannya,dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Itulah sahaja yang dapat saya tulis.Harap-harap sahabat yang anda pilih mempunyai kelima-lima ciri di atas.Saya hanya boleh menulis cara untuk memilih sahabat tetapi yang memelihnya kamu.Harap-harap kamu memilih yang terbaik untuk dirimu.

No comments:

Post a Comment