Thursday, July 9, 2009

Hari Terbuka

Hari ini 10-7-2009
hari yang sungguh gembira kerana semua ibu bapa dari tahun 1 hingga tahun 6 telah datang untuk mengambil report card anak-anak mereka.

Ada ibu bapa datang dengan kecewa kerana mungkin sikap anaknya banyak dikomen oleh gurunya atau mungkin sebab kedudukan anak mereka di dalam kelas dan aliran teruk,jadi ibu bapa itu datang dengan kecewanya tetapi ibu bapa itu sempat lagi meminta nasihat dari guru itu supaya mungkin dapat ubah sikap anaknya yang teruk menjadi baik manakala yang baik itu menjadi lebih baik.

Tetapi ada sesetengah ibu bapa datang dengan bangganya dan gembiranya apabila melihat report card anak mereka semuanya lulus.ALHAMDULILAH pandainya anak aku.

Bagi saya semua murid pandai cuma ada satu perkara sahaja yang membezakan murid itu iaitu rajin atau malas.Jika pelajar itu rajin,maka berjayalah dia.Tetapi jika pelajar itu malas berusaha maka tidak pandailah dia.Jadi kepada murid-murid yang rasanya dirinya tidak berapa pandai,ubahlah diri anda,tukarlah perangai anda.Anda jangan ingat kalau seseorang itu mendapat no.44 atau 43 atau 42 atau41 atau berapa-berapa sahaja, anda jangan ingat anda tidak pandai,anda tidak boleh berputus asa, mesti berusaha untuk menjadi seorang yang lebih rajin.Ingat itu,tidak mungin pelajar dari kelas belakang, anda tidak pandai, anda jangan berputus asa.

Jadi kepada yang mendapat top10 dalam aliran,tahniah diucapkan.Tetapi anda jangan menjadi riak atau takbur,anda mesti bersyukur kepada tuhan supaya kepandaian itu tidak ditarik oleh tuhan.

takbur itu maksudnya bangga diri ,ini cuma periksa pertengahan tahun 2009 sahaja bukanya periksa akhir tahun yang menentukan kelas yang anda dapat pada tahun hadapan .Jadi anda mestilah bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun dan ujian formatif tiga yang akan berlangsung tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment