Saturday, July 11, 2009

Baru Blk hari keluarga kat TNB

hari ini 11-7-2009
merupakan hari keluarga TNB yang berlangsung kat TNB di Petaling Jaya.
memang best sebab ada empat acara iaitu:
~3-4 tahun=mewarna
~5-6 tahun=mewarna
~7-9 tahun=sand art
~10-12=melukis dan mewarna

katogeri dan acara yang saya masuk ialah 10-12 tahun iaitu acara melukis dan mewanra.untuk acara ini ianya diberi 2 pilihan tema
pilihan pertama =barang-barang yang melibatkan TNB contohnya ialah mentol atau lampu jalan.
pilihan kedua=hari ulangtahun TNB yang ke-60.

saya memilih pilihan kedua kerana pilihan kedua sangat senang bagi saya.

hadiah yang disediakan ialah 7 hadiah saguhati,1 hadiah tempat ketiga,1 hadiah naib juara dan 1 hadiah juara bagi setiap acara.

adik saya iaitu wafa telah memasuki acara sand art tetapi dia tidak mendapat apa-apa hadiah.
adik saya yang seorang lagi itu ialah Alisha telah memasuki acara mewarna kategori 3-4 tahun tetapi dia juga tidak dapat apa-apa hadiah.
saya juga Athiffah tidak dapat apa-apa hadiah.
malang sungguh nasib saya waktu itu.kesian

Tetapi kami telah membawa balik 3 hadiah iaitu daripada acara cabutan bertuah.ketiga-tiga dari kami telah dimurahkan rezeki dan nombor kami telah disebut dan kami telah mendapat bawa balik 3 jenis pensil box yang berlainan serta setnya.

dan disana ada 5 hadiah tambahan iaitu:
keluarga paling ramai yang datang ke situ=kami tidak menang
keluarga yang paling awal mendaftar=kami tidak menang
keluarga paling lewat mendaftar=kami tidak menang
peserta yang siap paling awal=kami tidak menang
peserta yang siap paling lewat=saya menang iaitu Athiffah
saya ialah peserta paling lewat menghantar kerana terlalu banyak yang perlu saya warnakan sampai sudah habis masa pun saya belum siap.saya membawa pulang remort control yang harganya hampir RM50.untung saya.

oklah sampai di sini saja saya taip untuk masa ini.jika saya berpeluang atau ada berita yang terbaru akan saya tuliskan di blog ini.

No comments:

Post a Comment